Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

28 Ogos 2019

5:57:34 PTG
972424

Honduras Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez akan berkunjung ke Israel, esok, untuk merasmikan pejabat diplomatik negara itu di Baitulmaqdis dengan mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez akan berkunjung ke Israel, esok, untuk merasmikan pejabat diplomatik negara itu di Baitulmaqdis dengan mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Pejabat diplomatik di bandar dipertikaikan ini adalah cawangan kepada kedutaan Honduras di Tel Aviv.

“Bagi saya, ia adalah pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,” kata Hernandez, semalam.

Menurut kenyataan kementerian luar negara itu, Israel mencadangkan Honduras supaya memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis dan ia sedang mempertimbangkan saranan itu berdasarkan konteks nasional dan antarabangsa.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memburukkan hubungan antara Washington dan pihak berkuasa Palestin, tahun lalu, dengan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Guatemala dan Paraguay mengambil langkah sama, sementara Brazil mengkaji pemindahan itu. Namun, Paraguay menarik balik keputusan pemindahan hanya selepas empat bulan. - AFP