Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

31 Ogos 2019

6:24:07 PTG
972930

A.S Senarai Hitamkan Kapal Tangki Iran

Amerika Syarikat (A.S) telah menyenarai hitam kapal tangki Adrian Darya 1 yang dikendalikan oleh Iran dan mengenakan sekatan ke atas kaptennya, lapor Jabatan Perbendaharaan A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (A.S) telah menyenarai hitam kapal tangki Adrian Darya 1 yang dikendalikan oleh Iran dan mengenakan sekatan ke atas kaptennya, lapor Jabatan Perbendaharaan A.S.

"Jabatan Perbendaharaan melalui pejabat Kawalan Aset Luar Negara (OFAC) pada hari ini telah mengambil tindakan terhadap Adrian Darya 1, sebuah kapal tangki minyak yang mengangkut 2.1 juta tong minyak mentah Iran yang akhirnya memberi manfaat kepada Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC-QF)," kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

"Sesiapa yang memberi sokongan kepada Adrian Darya 1 berhadapan dengan risiko sekatan," kata Setiausaha Perbendaharaan, Sigal Mandelker.

Amerika Syarikat sebelum ini turut mengancam mereka yang berpotensi membantu dalam proses pengembalian kapal tangki tersebut kepada pihak terbabit. Kapal itu telah dibebaskan oleh pihak berkausa Gibraltar selepas ditahan lebih dari sebulan oleh pihak Britain.

Seorang pegawai dari Jabatan Negara yang dinukilkan oleh Reuters pada 19 Ogos berkata bahawa tindakan membantu kapal itu mungkin akan dianggap sebagai jenayah.

Pada 4 Julai lepas, angkatan tentera Britain telah merampas kapal itu secara tidak sah. Pada ketika itu, kapal tangki tersebut dikenali sebagai Grace 1.

Pihak Britain mendakwa bahawa kapal itu dirampas kerana membawa kargo berupa minyak mentah ke Syria sekaligus melanggar sekatan unilateral Kesatuan Eropah terhadap negara Arab itu.

Tehran, bagaimanapun, menolak dakwaan London berhubung destinasi kapal tangki tersebut dan menyifatkan penyitaan itu sebagai tindakan "pelanunan."

Pihak berkuasa Gibraltar kemudiannya mengumumkan bahawa mereka telah memberikan pelepasan kepada tangki itu di sebalik tekanan dari Amerika Syarikat yang mahukan penyitaan berterusan ke atas aset Iran itu.

Tidak lama selepas pengumuman tersebut, Jabatan Kehakiman A.S telah mengeluarkan waran untuk menyita kapal itu. Pihak berkuasan Gibraltar walaubagaimanapun tidak mengendahkan permintaan A.S itu. -PRESS TV