Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

1 September 2019

3:16:01 PTG
973103

Lima Terbunuh, 21 Cedera Dalam Serangan Tembakan Di Texas

Seorang lelaki bersenjata merampas sebuah trak perkhidmatan pos dan turut melepaskan tembakan rambang dalam satu kejadian menggemparkan di Texas, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki bersenjata merampas sebuah trak perkhidmatan pos dan turut melepaskan tembakan rambang dalam satu kejadian menggemparkan di Texas, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Jurucakap polis mengesahkan sekurang-kurangnya lima maut manakala 21 yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Suspek dikenal pasti sebagai lelaki kulit putih berumur dalam lingkungan 30-an dan motif serangan di bandar Midland dan Odessa itu masih disiasat," ujar Ketua Polis bandar Odessa, Michael Gerke.

Terdahulu, Jabatan Polis Odessa melaporkan anggota polis cuba memintas kenderaan yang dilarikan suspek, namun dia bertindak mengacukan raifal ke arah tingkap belakang dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah unit peronda.

"Seorang anggota cedera dan suspek melarikan diri sebelum menembak ke arah orang ramai," kata jabatan itu lagi.

Beberapa tembakan dilepaskan di lebuh raya yang menghubungkan bandar Odessa dan Midland.

Suspek akhirnya ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah panggung wayang di Odessa.

Kejadian itu berlaku selepas serangan tembakang di gedung Walmart di El Paso pada awal Ogos lalu di mana penyerang kulit putih, Patrick Crusius, 21, menyasarkan orang Mexico. - AFP