Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mendakwa kerajaan Colombia menggunakan penolakan damai pemimpin Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) bagi ‘provokasi konflik tentera dengan Venezuela.
Menurutnya, kerajaan Colombia telah menempatkan tentera sempadan mereka dalam keadaan berjaga-jaga.
“Bukan hanya kerajaan Colombia bertempur di negaranya dalam perang malah mendakwa untuk mengancam Venezuela.
“Memprovokasi konflik tentera dengan negara kita,” katanya ketika majlis tentera di sini semalam.
Tambahnya, beliau menempatkan unit tentera sepanjang sempadan dengan Colombia iaitu 2,200 kilometer dalam tahap waspada tinggi. - AFP
source : Utusan
Rabu
4 September 2019
3:03:05 PTG
973722
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mendakwa kerajaan Colombia menggunakan penolakan damai pemimpin Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) bagi ‘provokasi konflik tentera dengan Venezuela.