Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Khamis

19 September 2019

5:37:25 PTG
976865

Bakal Cetus Perang Habis-Habisan - Javad Zarif

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan terhadap negara itu hanya akan mencetuskan `peperangan secara habis-habisan’ susulan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Arab Saudi menuduh Iran sebagai dalang di sebalik serangan ke atas dua loji minyak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan terhadap negara itu hanya akan mencetuskan `peperangan secara habis-habisan’ susulan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Arab Saudi menuduh Iran sebagai dalang di sebalik serangan ke atas dua loji minyak.

Mohammad Javad berkata demikian dalam satu temubual bersama stesen televisyen CNN yang disiarkan hari ini, ketika ditanya mengenai implikasi jika Iran diserang oleh tentera AS atau Arab Saudi.

“Kami tidak mahu peperangan, kami tidak mahu terlibat dalam konfrontasi ketenteraan,” katanya sambil memberi amaran bahawa ia hanya akan menyebabkan banyak rakyat terkorban.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan negaranya.

Sebelum ini, pihak Houthi dan tentera Yaman mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas dua loji minyak di Arab Saudi. - AFP