Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

11 Oktober 2019

5:08:00 PTG
981790

Kapal Tangki Iran 'Diserang' Berdekatan Jeddah

Sebuah kapal tangki minyak Iran dilaporkan terkena serangan misil berhampiran pelabuhan Jeddah, Arab Saudi hari ini menyebabkan tumpahan minyak di Laut Merah, kata pemilik kapal berkenaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kapal tangki minyak Iran dilaporkan terkena serangan misil berhampiran dengan pelabuhan Jeddah, Arab Saudi hari ini sekaligus mengakibatkan tumpahan minyak di Laut Merah, kata pemilik kapal berkenaan.

Menurut kenyataan Syarikat Tangki Kebangsaan Iran (NITC), bahagian badan kapal Sabiti terkena dua letupan berasingan pada Jumaat pagi.

Insiden itu berlaku kira-kira 60 batu dari Jeddah, lapor NITC.

Letupan yang berkemungkinan berlaku disebabkan oleh serangan misil itu menyebabkan kerosakan ke atas dua tangki utama kapal tersebut. Perkara itu kemudiannya mengakibatkan tumapahn minyak berlaku di Laut Merah, kata pegawai berkaitan.

Berkaitan dengan insiden itu, sekumpulan pakar dilaporkan sedang menyiasat punca letupan yang setakat ini dipercayai berlaku akibat serangan pengganas.

Di sebalik kerosakan tersebut, NITC berkata bahawa insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Kesemua anak kapal selamat dan kapal juga berada dalam keadaan stabil," kata NITC sambil menambah anak kapal sedang cuba membaiki kerosakan yang dialami.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran yang menyifatkan serangan itu sebagai 'tindakan merbahaya' telah mengeluarkan amaran bahawa dalang kepada serangan itu akan bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka. - PressTV/AFP