Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

23 Oktober 2019

5:33:24 PTG
984235

39 Ditemui Maut Dalam Trak, Britain Lancar Siasatan Bunuh

Britain melancarkan satu siasatan kes bunuh besar-besaran, selepas 39 mayat ditemui dalam sebuah trak dari Bulgaria, hari ini, ketika polis cuba mengenalpasti negara asal mangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) -  Britain melancarkan satu siasatan kes bunuh besar-besaran, selepas 39 mayat ditemui dalam sebuah trak dari Bulgaria, hari ini, ketika polis cuba mengenalpasti negara asal mangsa.

Semua mangsa diisytiharkan maut di tempat kejadian di sebuah taman industri di Grays, timur London, ia mencetuskan kemarahan di kalangan ahli politik dan sekali lagi meletakkan aktiviti penyeludupan manusia dalam perhatian.

Polis tempatan di Essex yang sedang bekerjasama dengan imigresen berkata, keutamaan mereka adalah untuk mengenalpasti mangsa. Katanya, 38 daripada mangsa adalah dewasa dengan seorang remaja, setakat ini.

Pemandu trak terbabit, seorang lelaki berusia 25 tahun di Ireland Utara sudah ditahan atas dakwaan bunuh.

“Ia adalah insiden tragik, ramai kehilangan nyawa,” menurut kenyataan ketua polis Essex, Superintendan Andrew Mariner. - AFP