Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

4 November 2019

5:41:31 PTG
986088

Iraq Kecam Serangan Ke Atas Bangunan Konsulat Iran Di Karbala

Kementerian Luar Iraq pada hari Isnin meneluarkan kenyataan yang mengecam sekumpulan perusuh yang menyamar sebagai peserta tunjuk perasaan kerana menyerang bangunan konsulat Iran di Karbala.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Iraq pada hari Isnin meneluarkan kenyataan yang mengecam sekumpulan perusuh yang menyamar sebagai peserta tunjuk perasaan kerana menyerang bangunan konsulat Iran di Karbala.

Di dalam kenyataan tersebut, kementerian terbabit menegaskan bahawa sebarang bentuk misi diplomatik yang dibina berasaskan persetujuan bilateral sepatutnya dihormati dan dijaga dengan baik oleh semua pihak.

Pihak kementerian itu juga menekankan bahawa setiap kedutaan dan konsulat asing yang beroperasi di negara itu harus dinilai sebagai garis merah bila berhadapan dengan isu keamanan serta keselamatan.

Sekumpulan peserta tunjuk perasaan yang tidak dikenali telah menyerang tembok bangunan konsulat Iran di Karbala pada malam semalam.

Pasukan keselamatan Iraq dilaporkan bertindak pantas terhadap provokasi itu.

Berhubung perkembangan berkaitan, Kementerian Luar Iran sebelum ini berkata bahawa mereka sedang memantau isu tersebut dengan teliti dari masa ke semasa. -ABNA24