Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

8 November 2019

5:58:30 PTG
986626

Iran Tembak Jatuh Dron Asing Yang Mencerobohi Ruan Udaranya

Tentera Republik Islam Iran telah menembak jatuh sebuah dron yang mencabuli ruang udara negara itu di bandar pelabuhan Mahshahr yang terletak di wilayah Khuzestan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Republik Islam Iran telah menembak jatuh sebuah dron yang mencabuli ruang udara negara itu di bandar pelabuhan Mahshahr yang terletak di wilayah Khuzestan.

Birgadier Jeneral Alireza Sabahi Fard dari Pasukan Pertahanan Udara Iran berkata bahawa dron tersebut ditembak jatuh pada awal hari Jumaat sebelum ia sempat tiba di kawasan sensitif dengan menggunakan sistem pertahanan udara buatan tempatan.

"Keputusan untuk mengambil langkah tegas dengan melancarkan sebuah peluru berpandu adalah sebuah respon terhadap pencerobohan sebuah dron asing di dalam ruang udara negara kami," tambah beliau.

Pemerintah kanan tentera itu walaubagaimanapun tidak menamakan negara yang mengoperasikan dron tersebut. Akan tetapi, beliau sekali lagi menegaskan amaran bahawa pasukannya sentiasa bersedia untuk memberikan respon tegas terhadap sebarang bentuk pencabulan ruang udara negara Teluk Parsi itu.

Sementara itu, gabenor Khuzestan, Gholam Reza Shariati memberitahu IRNA bahawa bangkai dron itu telahpun ditemui dan sedang diperiksa oleh pihak berkaitan.

Beliau menekankan bahawa dron itu secara pasti dioperasikan oleh negara asing dan keputusan siasatan akan diumumkan sesegera yang mungkin.

Pada Jun lepas, di dalam sebuah senaria yang hampir serupa, Tentera Republik Islam Iran telah menembak jatuh sebuah dron yang dioperasikan oleh Pentagon di wilayah Hormozgan. - Press TV