Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

30 November 2019

8:08:29 PTG
990331

Polis Belanda Buru Suspek Selepas 3 Ditikam

Polis Belanda menjalankan pemburuan besar-besaran, hari ini, untuk mencari seorang penyerang yang menikam tiga belia di kawasan membeli-belah utama di The Hague.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Belanda menjalankan pemburuan besar-besaran, hari ini, untuk mencari seorang penyerang yang menikam tiga belia di kawasan membeli-belah utama di The Hague.

Pihak berkuasa berkata, mereka terbuka mengenai motif serangan yang berlaku, ketika orang ramai tidak melepaskan peluang harga murah sempena Black Friday.

Penyerang lelaki itu melarikan diri, selepas insiden tikaman di sebuah kedai pakaian di Grote Markstraat di tengah bandar, iaitu kawasan membeli belah utama The Hague.

“Kami masih belum menahan suspek. Justeru, kami sedang sibuk mencarinya. Masih awal untuk spekulasi,” kata jurucakap polis, Marije Kuiper, ketika ditanya mengenai kemungkinan motif serangan pengganas. - AFP