Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Isnin

2 Disember 2019

7:39:42 PTG
990883

Trump Cuba 'Elak' Pendengaran Kongres?

Rumah Putih semalam memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan peguamnya tidak akan menyertai pendengaran pemecatan beliau di Kongres.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah Putih semalam memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan peguamnya tidak akan menyertai pendengaran pemecatan beliau di Kongres.

Panel Kongres dijangka akan mula mengenakan tuduhan terhadap Trump pada lusa, namun Rumah Putih enggan menghantar wakil untuk prosedur tersebut.

“Saksi masih belum dinamakan untuk sidang sementara itu dan masih tidak jelas sama ada Jawatankuasa Kehakiman akan melakukan proses yang adil,” kata Penasihat Rumah Putih, Pat Cipollone menerusi surat dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan, Jerry Nadler.

Minggu lalu, Nadler menegaskan jutawan hartanah itu perlu hadir atau berhenti merungut tentang proses tersebut.

Jawatankuasa diterajui Demokrat itu dijangka bertemu untuk menentukan sama ada bukti yang dikumpulkan dalam fasa siasatan proses itu mematuhi standard pemecatan seperti ditetapkan Perlembagaan meliputi kesalahan penyalahgunaan kuasa, rasuah atau jenayah serius lain.

Trump didakwa meminta bantuan Ukraine untuk menjatuhkan pesaing politiknya, Joe Biden dengan ‘cara kotor’.

“Presiden telah menerima dan meminta campur tangan negara asing dalam Pilihan Raya Presiden akan datang,” kata ahli Demokrat, Adam Schiff ketika memberi keterangan pada 25 November lalu. - AFP