Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Selasa

3 Disember 2019

6:48:29 PTG
991167

400,000 Kanak-Kanak Rohingya Keciciran Pendidikan - HRW

Bangladesh menghalang ratusan ribu kanak-kanak Rohingya mendapat pendidikan bermanfaat, kata Human Rights Watch (HRW) hari ini, menggesa pihak berkuasa menarik balik sekatan ke atas persekolahan di kem pelarian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bangladesh menghalang ratusan ribu kanak-kanak Rohingya mendapat pendidikan bermanfaat, kata Human Rights Watch (HRW) hari ini, menggesa pihak berkuasa menarik balik sekatan ke atas persekolahan di kem pelarian.

Dalam laporan bertajuk ‘Adakah kita bukan manusia?’, HRW menuduh Bangladesh melanggar hak 400,000 kanak-kanak umur persekolahan yang melarikan diri dari Myanmar dan kini tinggal dalam kem pelarian di Cox’s Bazaar.

“Tiada siapa berminat dengan penafian kepada pendidikan kepada seluruh generasi kanak-kanak.

“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dan menuntut Bangladesh dan Myanmar menukar matlamat masing-masing,” kata pengarah hak kanak-kanak di HRW, Bill Van Esveld.

Lebih 730,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh sejak 2017 susulan kekejaman dilakukan tentera.

HRW melaporkan Bangladesh melarang pelarian Rohingya memasuki sekolah di luar kem atau mengambil peperiksaan dan turut melarang agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan asing daripada memberikan pendidikan akreditasi rasmi.

Ia menuduh Myanmar tidak bersetuju mengiktiraf penggunaan kurikulum sekolahnya di kem pelarian.

Ketua Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian di Bangladesh, Mahbub Alam Talukder, berkata dakwaan itu tidak benar dan ada 4,000 pusat pembelajaran di kem.

“Rohingya perlu pulang ke Myanmar.

“Mereka bukan rakyat kami dan kami tidak membenarkan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan,” katanya. — Reuters