Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

5 Disember 2019

6:16:03 PTG
991667

Jokowi Dinamakan Tokoh Asia 2019

Akhbar Singapura, Straits Times, memilih Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, sebagai Tokoh Asia 2019, susulan ketangkasan dan kebijaksanaannya mengendalikan hal ehwal politik domestik dan antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Akhbar Singapura, Straits Times, memilih Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, sebagai Tokoh Asia 2019, susulan ketangkasan dan kebijaksanaannya mengendalikan hal ehwal politik domestik dan antarabangsa.

Tahun ini dianggap mencabar bagi Jokowi yang berjaya meraih kemenangan selesa sebagai presiden Indonesia, dalam pilihan raya April lalu.

Pada masa sama, beliau terpaksa berdepan dengan insiden rusuhan selepas pengundian, selain protes besar-besaran di Papua yang menuntut pemerintahan sendiri.

Jokowi turut berhadapan bantahan terbesar pelajar sejak 1998 berikutan pengumuman beberapa dasar oleh pentadbirannya.

Ketika mengumumkan keputusan itu hari ini, pengarang akhbar turut menyatakan bahawa personaliti Jokowi yang sentiasa merendah diri, kemampuan berkomunikasi dengan penduduk dan rasa empati terhadap rakyat biasa menyebabkan ramai mengaguminya di Indonesia.

Akhbar itu turut memuji pandangan jauh yang dimiliki Jokowi, ketika bergelut dengan pelbagai cabaran dihadapi negaranya dan rantau itu.

Dalam pada itu, Jokowi meluahkan penghargaannya terhadap anugerah itu menerusi Twitter dan berkata ia bukan penghormatan buat beliau sahaja, sebaliknya bagi semua rakyat Indonesia. — Agensi