Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

6 Disember 2019

5:07:36 PTG
991739

ICJ Digesa Bantu Henti Keganasan Terhadap Rohingya

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) digesa menetapkan langkah sementara yang boleh membuatkan Myanmar menghentikan keganasan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) digesa menetapkan langkah sementara yang boleh membuatkan Myanmar menghentikan keganasan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu.

Gambia yang memfailkan kes tersebut dengan ICJ untuk mengaitkan Myanmar dengan pembunuhan beramai-ramai akan menggesa mahkamah untuk membolehkan perintah penahanan terhadap Yangon sebelum perbicaraan rasmi dimulakan.

Rayuan itu akan dikemukakan kepada panel hakim 16 anggota di tribunal yang berfungsi sebagai mekanisme timbang tara antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember ini.

Perbicaraan dijangka berlangsung tahun depan.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata, beliau sendiri akan memimpin pertahanan negaranya di ICJ.

Pasukan undang-undang Yangon bakal mempertahankan pembunuhan beramai-ramai tidak berlaku, mahkamah teratas PBB tidak mempunyai bidang kuasa dan kes itu gagal memenuhi syarat bahawa wujud pertikaian antara Myanmar dan Gambia.

Tindakan keras tentera ke atas Rohingya yang bermula pada tahun 2016 menyaksikan ribuan minoriti Islam dibunuh, ditangkap dengan sewenang-wenangnya atau diperkosa oleh pasukan keselamatan dan perusuh Buddha. - Agensi