Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

8 Disember 2019

5:33:08 PTG
992315

Iran Pantau Kes Syeikh Zakzaky Melalui Saluran Diplomatik

Republik Islam Iran sentiasa memantau kes yang melibatkan ulama terkemuka Syiah di Nigeria, Sheikh Ibrahim Zakzaky melalui saluran diplomatik dengan kerajaan negara Afrika tersebut sejajar dengan usaha Tehran untuk membantu memperbaiki kesihatannya, kata jurucakap Kementerian Luar Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran sentiasa memantau kes yang melibatkan ulama terkemuka Syiah di Nigeria, Sheikh Ibrahim Zakzaky melalui saluran diplomatik dengan kerajaan negara Afrika tersebut sejajar dengan usaha Tehran untuk membantu memperbaiki kesihatannya, kata jurucakap Kementerian Luar Iran.

Bercakap kepada pemberita di Tehran pada hari Ahad, Abbas Mousavi berkata bahawa Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari dan Naib Presiden Iran untuk Hal Ehwal Ekonomi, Mohammad Nahavandian baru-baru ini telah mengadakan pertemuan bersama untuk membahaskan pelbagai isu, termasuk kes Syeikh Zakzaky.

Pertemuan di Malabo, Equatorial Guinea, berlaku di sisi Sidang Kemuncak Pertemuan Negara-negara Pengeksport Gas (GECF) ke-5.

"Kami berharap bahawa setiap rundingan dan persefahaman yang tercapai akan mempercepatkan penyelesaian isu ini," kata pegawai Iran itu.

Sheikh Zakzaky, yang berusia pertengahan enam puluhan, telah ditahan sejak Disember 2015, ketika rumahnya di bandar Zaria diserbu oleh pasukan tentera Nigeria dalam sebuah insiden berdarah.

Beliau dikasari oleh pihak berkuasa di dalam insiden tersebut sehingga kehilangan penghilatan mata kirinya.

Selain daripada tiga orang anaknya yang terbunuh dan kecederaan yang dialami oleh isterinya, lebih daripada 300 orang pengikutnya juga kehilangan nyawa mereka di dalam tragedi tersebut.

Anggota Gerakan Islam di Nigeria (IMN) kerap pergi ke jalan-jalan Abuja dan beberapa bandar lain untuk memanggil pembebasan Sheikh Zakzaky.

Pihak berkuasa Nigeria telah memindahkan beliau dan isterinya, Zinat, ke penjara yang usang, di mana banyak tahanan telah meninggal dunia akibat kurang perhatian perubatan.