Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meminta Bank Dunia untuk menghentikan pemberian pinjaman kepada China, yang menurutnya sudahpun memiliki "banyak wang", sehari selepas institusi antarabangsa itu menggunapakai pelan lima tahun baharu mereka untuk membantu Beijing dengan pinjaman mudah.
Organisasi Pembangunan Antarabangsa pada hari Khamis berkata bahawa mereka telah menggunapakai Rangka Kerja Perkongsian Negara baharu untuk membantu China dengan pinjaman di antara $ 1 bilion dolar dan $ 1.5 bilion setahun sehingga tahun 2025.
Keputusan itu diambil di sebalik bantahan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin, yang menolak sebarang bentuk program pinjaman dan projek oleh institusi tersebut di China.
Beliau memberitahu Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan pada hari Khamis bahawa wakil Jabatan Perbendaharaan di lembaga itu telah membantah rancangan tersebut pada hari Rabu.
Mnuchin berkata beliau mahu Bank Dunia mengeluarkan China daripada program pinjaman konsesi untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Langkah Bank Dunia itu telah mendapat respon segera daripada Trump yang menulis di laman Twitter-nya dengan mempersoalkan keputusan organisasi tersebut pada hari Jumaat.
"Kenapa Bank Dunia meminjamkan wang kepada China? Bolehkah perkara seperti ini berlaku? China mempunyai banyak wang, dan jika mereka tidak, mereka akan menciptanya. Berhenti!" tulisnya.
AS - pemegang saham terbesar Bank Dunia - yang mempunyai kuasa veto yang efektif ke atas sebarang keputusan penting lembaga pengarah, tidak memiliki kuasa veto ke atas pemberian pinjaman badan tersebut kepada mana-mana negara secara spesifik. -Press TV
source : ABNA24
Ahad
8 Disember 2019
6:21:24 PTG
992317
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meminta Bank Dunia untuk menghentikan pemberian pinjaman kepada China, yang menurutnya sudahpun memiliki "banyak wang", sehari selepas institusi antarabangsa itu menggunapakai pelan lima tahun baharu mereka untuk membantu Beijing dengan pinjaman mudah.