Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

9 Disember 2019

1:21:44 PTG
992559

Respon Kami Akan Sebabkan Israel Menyesal: Iran

Republik Islam Iran telah memberikan respon mereka terhadap ancaman tindakan ketenteraan yang dikeluarkan oleh rejim Zionis Israel baru-baru ini. Tehran berkata bahawa respon mereka pasti akan menyebabkan rejim Israel segera menyesali tindakan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran telah memberikan respon mereka terhadap ancaman tindakan ketenteraan yang dikeluarkan oleh rejim Zionis Israel baru-baru ini. Tehran berkata bahawa respon mereka pasti akan menyebabkan rejim Israel segera menyesali tindakan mereka.

"Republik Islam (Iran) melalui budaya pengorbanan dan kecekalan rakyatnya, tidak akan pernah teragak-agak atau berkompromi sedikitpun dalam isu mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara," kata Jurucakap Kementerian Luar Abbas Mousavi.

"Iran akan memberikan respon yang bakal menghancurkan serta menimbulkan penyesalan di atas tindakan agresif atau bodoh seperti itu," katanya.

Respon itu dibuat selepas dua menteri Israel mengeluarkan ancaman berkaitan operasi ketenteraan terhadap Tehran.

Pada hari Ahad, Naftali Bennett, menteri Israel untuk hal ehwal ketenteraan, mendakwa bahawa Iran "cuba mewujudkan lingkaran api di sekitar" Israel. "Ia sudahpun memperolehi pijakan di Lubnan dan (Iran sedang) berusaha untuk meluaskannya di Syria, Gaza dan banyak lagi," katanya.

Bennett berkata rejim Zionis itu perlu meningkatkan operasi ketenteraan di bumi Syria terhadap apa yang beliau dakwa sebagai "sasaran Iran."

"Kita perlu bergerak dari posisi bertahan kepada posis menyerang," katanya sambil merujuk kepada operasi sedia ada. "Kami ingin berkata kepada Iran bahawa Syria akan menjadi Vietnam anda," kata Bennett lagi.

Republik Islam secara rutin menafikan campur tangan Tehran di Damsyik dan menyebut bahawa kehadiran mereka di Syria hanya berfungsi untuk membantu kerajaan Damsyik dengan sokongan penasihat ketenteraan yang berfungsi memerangi kumpulan militan dan pengganas Takfiri. -Press TV