Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

10 Disember 2019

7:01:03 PTG
992875

Mahkamah Dunia Mulakan Pendengaran Ke Atas Kes Rohingya

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah melancarkan perbicaraan pembunuhan beramai-ramai terhadap Myanmar sekaligus menandakan percubaan pertama undang-undang pertama untuk membawa negara Asia Tenggara itu ke muka pengadilan atas kekejaman yang dilakukan mereka ke atas etnik Rohingya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah melancarkan perbicaraan pembunuhan beramai-ramai terhadap Myanmar sekaligus menandakan percubaan pertama undang-undang pertama untuk membawa negara Asia Tenggara itu ke muka pengadilan atas kekejaman yang dilakukan mereka ke atas etnik Rohingya.

Perbicaraan tiga hari di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula di The Hague pada hari Selasa berikutan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh negara Gambia pada November lepas.

Bertindak bagi pihak negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Gambia menyeru ICJ untuk mengambil langkah-langkah segera untuk menghentikan tindakan "pembunuhan massa" kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Sementara itu, tunjuk perasaan telah dirancang di luar bangunan mahkamah dan di seluruh bandar Belanda itu sama ada menentang dan menyokong pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang menghadiri tribunal itu.

Selepas permulaan kempen ketenteraan yang disifatkan oleh PBB sendiri sebagai usaha yang dilancarkan bagi "tujuan pembunuhan massa", lebih daripada 730,000 anggota minoriti tersebut telah melarikan diri dari negeri barat laut Rakhine, Myanmar ke Bangladesh. Sebahagian besar daripada mereka telah berkhemah di daerah selatan Bangladesh, Cox's Bazar dan hidup di dalam keadaan yang sangat rumit.

Myanmar telah berulang kali berusaha untuk memberikan justifikasi ke atas tindakan kekerasan mereka terhadap etnik Muslim Rohingya di Rakhine dan menegaskan bahawa jawatankuasanya sendiri sudah memadai untuk menyiasat tuduhan sedia ada.

Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel "Keamanan" yang kini berada di dok Mahkamah Dunia, enggan menghentikan atau mengambil tindakan terhadap tentera dan para pelampau Buddha di negaranya. -Press TV