Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

10 Disember 2019

7:13:48 PTG
992876

Perdagangan China-Iran Capai USD 20 Bilion Dalam Tempoh 8 Bulan Di Sebalik Sekatan A.S

Duta China ke Iran mengatakan bahawa sekatan Amerika Syarikat telah gagal menjejaskan kerjasama ekonomi di antara kedua-dua negara tersebut kerana nilai dagangan dua hala mereka telah mencapai hampir USD 20 bilion di dalam tempoh lapan bulan lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta China ke Iran mengatakan bahawa sekatan Amerika Syarikat telah gagal menjejaskan kerjasama ekonomi di antara kedua-dua negara tersebut kerana nilai dagangan dua hala mereka telah mencapai hampir USD 20 bilion di dalam tempoh lapan bulan lepas.

Chang Hua berkata pada hari Selasa bahawa China akan terus mengabaikan usaha A.S untuk menyekat aktiviti perdagangan Iran di dunia, dengan mengatakan bahawa Tehran dan Beijing akan berusaha untuk mengembangkan hubungan mereka pada masa akan datang.

Bercakap kepada perhimpunan perniagaan di Tehran, Hua menegaskan bahawa kejayaan mencapai sasaran USD 20 bilion dalam perdagangan dua hala sepanjang tempoh lapan bulan lepas adalah tanda bahawa Iran dan China bertekad untuk meningkatkan kerjasama ekonomi mereka.

Duta yang mula memegang jawatan itu pada enam bulan lalu juga berkata beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang tempoh beliau di Tehran untuk membantu meningkatkan perkongsian strategik di antara kedua-dua negara. -Press TV