Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

14 Disember 2019

1:57:43 PTG
993767

Tindakan Memasukkan Pil Ke Dalam Produk Makanan Iran Sebuah Sabotaj: Pegawai

Iran menyifatkan tindakan memasukkan pil secara sengaja ke dalam pelbagai produk konfeksi tempatan sebagai sebuah sebagai tindakan "sabotaj" sambil mengatakan bahawa industri makanannya kini telah menjadi sasaran dalam usaha sesetengah pihak untuk menyebarkan "keganasan" di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran menyifatkan tindakan memasukkan pil secara sengaja ke dalam pelbagai produk konfeksi tempatan sebagai sebuah sebagai tindakan "sabotaj" sambil mengatakan bahawa industri makanannya kini telah menjadi sasaran dalam usaha sesetengah pihak untuk menyebarkan "keganasan" di negara itu.

Jurucakap Organisasi Makanan dan Dadah Negara, Kianoush Jahanpour mengeluarkan kenyataan tersebut pada hari Sabtu selepas pelbagai jenis pil ditemui dalam 12 jenama makanan ringan Iran.

"Seluruh industri makanan telah menjadi sasaran memandangkan industri adalah salah satu daripada industri yang giat membangun di negara ini," katanya.

Jahanpour menambah bahawa pil-pil itu "tidak mengalami sebarang perubahan dari segi warna dan komposisinya, sekaligus menandakan bahawa bahan-bahan itu telah dimasukkan ke dalam makanan selepas proses pengeluaran dan pengedaran."

Tidak sebarang kesan narkotik atau fosfida aluminium ditemui di dalam pil-pil tersebut, kata jurucakap itu.

"Kebanyakan pil yang telah diselidiki itu adalah ubat biasa seperti acetaminophen, brufen, cetirizine, hydroxyzine, metoclopramide..."

Kenyataan tersebut dibuat lebih dari sebulan selepas pihak media mula melaporkan bahawa dadah telah diletakkan di dalam produk konfeksi seperti kek, biskut dan wafer.

Pil-pil tersebut setakat ini telah menyebabkan beberapa orang mengalami keracunan. Akan tetapi, tiada angka kematian yang telah dilaporkan sehingga hari ini.

Produk tercemar tersebut setakat ini telah ditemui di wilayah timur Iran termasuk Kerman, Hormozgan, Sistan dan Baluchistan yang terletak berhampiran dengan sempadan Pakistan dan wilayah barat Ilam yang bersempadan dengan Iraq, kata pegawai berkaitan. -Press TV