Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

14 Disember 2019

2:12:21 PTG
993770

Sekatan Terhadap Iran Jejas 'Pasaran Besar' : Tun Dr Mahathir

Tindakan Amerika Syarikat menyekat Iran melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap dalam sidang di Qatar, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tindakan Amerika Syarikat menyekat Iran melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap dalam sidang di Qatar, hari ini.

“Malaysia tidak menyokong sekatan sehala oleh Amerika Syarikat terhadap Iran,” katanya ketika Forum Doha.

Yang turut hadir, Emir Qatar, Tamim Hamad Al-Thani.

Katanya, Malaysia dan beberapa negara kehilangan ‘pasaran besar’ disebabkan sekatan terhadap Iran.

“Sekatan itu jelas melanggar Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa. Sekatan hanya boleh dilakukan oleh PBB mengikut piagam,” katanya. - Reuters