Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

18 Disember 2019

6:18:38 PTG
994903

"Kerjasama Umat Islam Penting Dalam Menangani Tekanan A.S": Presiden Rouhani

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani menekankan peri penting kerja sama di antara negara-negara Islam dalam rangka menangkis tekanan oleh kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani menekankan peri penting kerja sama di antara negara-negara Islam dalam rangka menangkis tekanan oleh kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat.

Rouhani berkata demikian pada hari Rabu ketika bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir bin Mohamad di Kuala Lumpur.

"Kebanyakan masalah yang dihadapi umat Islam merupakan natijah daripada campur tangan A.S dan perkara itu merangkumi sekatan ke atas Iran," katanya.

Rouhani yang kini berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, mengecam A.S di atas tindakan Washington mengenakan sekatan bersifat "unilateral dan kejam" terhadap Iran.

Beliau mengatakan bahawa Washington telah menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 -di antara Republik Islam dan kuasa dunia utama- tanpa sebarang alasan dan mula mengenakan sekatan terhadap Tehran di sebalik kewujudan Resolusi 2231 Majlis Keselamatan PBB yang menyokong perjanjian nuklear itu.

Rouhani turut menegaskan bahawa sekatan tersebut akan menemui kegagalan dalam melemahkan azam Tehran untuk meningkatkan hubungan dengan negara lain.

Presiden Rouhani juga menekankan keperluan untuk meningkatkan hubungan di sektor yang berlainan, termasuk sains, teknologi, tenaga, industri, pelancongan, teknologi maklumat dan perubatan di antara Tehran dan Kuala Lumpur. -Press TV