Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

19 Disember 2019

6:19:28 PTG
995138

Presiden Rouhani Kecam Tindakan A.S Ingin Kawal Telaga Minyak Syria

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani telah menyatakan keprihatinan beliau tentang rancangan Amerika Syarikat untuk menguasai rizab minyak Syria sekaligus memanggil beliau untuk meminta lebih banyak kerjasama dari Turki dalam menghulurkan bantuan kepada pemerintah di Damsyik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani telah menyatakan keprihatinan beliau tentang rancangan Amerika Syarikat untuk menguasai rizab minyak Syria sekaligus memanggil beliau untuk meminta lebih banyak kerjasama dari Turki dalam menghulurkan bantuan kepada pemerintah di Damsyik.

Rouhani membuat kenyataan tersebut di dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis di luar Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Para pemimpin dari beberapa negara Islam telah berkumpul untuk membincangkan masalah yang sedang dihadapi oleh dunia Islam di sidang kemuncak tersebut.

Ketika membincangkan isu-isu serantau terutamanya isu berkaitan perkembangan di Syria bersama Erdogan, Rouhani menyatakan kebimbangan beliau berhubung percubaan Amerika Syarikat untuk menguasai telaga minyak Syria sekaligus menggesa lebih banyak kerjasama di antara Tehran dan Ankara untuk membantu kerajaan di Damsyik.

Bulan lalu, Syria memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa A.S telah menduduki medan minyaknya dan merampas sumbernya kerana badan dunia itu tetap berdiam diri terhadap tindakan pencerobohan tersebut. -Press TV