Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

23 Disember 2019

6:19:26 PTG
995909

Polis Myanmar Diselar Dedah Identiti Kanak-Kanak Dirogol

Ratusan penduduk menyertai satu tunjuk perasaan terhadap polis Myanmar, hari ini, selepas pasukan itu melanggar undang-undang dengan mendedahkan nama mangsa kanak-kanak dalam kes rogol berprofil tinggi, selepas suspek dibebaskan mahkamah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan penduduk menyertai satu tunjuk perasaan terhadap polis Myanmar, hari ini, selepas pasukan itu melanggar undang-undang dengan mendedahkan nama mangsa kanak-kanak dalam kes rogol berprofil tinggi, selepas suspek dibebaskan mahkamah.

Kes kanak-kanak tiga tahun itu yang dikenali dengan nama timangan Victoria menjadi tumpuan tuduhan salah laku polis di Myanmar.

Semua peguam dan wartawan cuba bersungguh-sungguh menyembunyikan identiti kanak-kanak itu dan keluarga bagi melindungi privasi mereka.

Kira-kira 400 orang memegang sepanduk ‘Pasukan Polis Myanmar Memalukan’ dan ‘Keadilan untuk Victoria’ berarak melalui pusat bandar Yangon.

Difahamkan, kanak-kanak itu didakwa dirogol di sebuah sekolah tadika di ibu negara Myanmar, Naypyidaw.

Selepas mahkamah mendapati suspek ditahan tidak bersalah, polis mengumumkan nama mangsa. - Reuters