Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

23 Disember 2019

6:30:33 PTG
995910

Yaman Mampu Berikan Pukulan Hebat Kepada Musuh: Menteri Iran

Menteri Pertahanan Iran mengatakan bahawa pasukan bersenjata Yaman telah mampu berdikari dalam menghasilkan persenjataan yang diperlukan dan kini mampu memberikan pukulan keras ke atas pasukan musuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Iran mengatakan bahawa pasukan bersenjata Yaman telah mampu berdikari dalam menghasilkan persenjataan yang diperlukan dan kini mampu memberikan pukulan keras ke atas pasukan musuh.

Brigadier Jeneral Amir Hatami membuat kenyataan itu di dalam pertemuan beliau dengan Duta Besar Yaman baru ke Tehran, Ibrahim Mohammad al-Dailami pada hari ini.

"Yaman pada hari ini telah mencapai tahap keupayaan ketenteraan yang dapat menembus jauh ke dalam barisan musuh, menyasarkan kubu musuh dari jarak lebih daripada 1000 kilometer, mencegah musuh dan mengubah lanskap politik- ketenteraan di rantau ini," kata Hatami.

Menteri Iran itu juga menekankan bahawa krisis Yaman hanya mampu diselesaikan melalui perundingan dan dialog di antara semua parti politik di negara Arab itu sambil menegaskan bahawa konflik itu tidak memiliki perspektif penyelesaian ketenteraan. -Press TV