Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Selasa

24 Disember 2019

6:19:58 PTG
996171

Perjanjian Perdagangan A.S - China Akan Dimeterai Bulan Ini - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau dan rakan sejawatan dari China, Presiden Xi Jinping akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama kedua-dua negara itu yang dipersetujui, bulan ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau dan rakan sejawatan dari China, Presiden Xi Jinping akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama kedua-dua negara itu yang dipersetujui, bulan ini.

“Kita akan ada majlis menandatangani perjanjian. Kita akan berjumpa. Kita akan menandatanganinya lebih cepat kerana mahu menyelesaikannya. Perjanjian ini selesai dan ia sedang diterjemahkan,” kata Trump.

Pada 13 Disember lalu, Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer memaklumkan wakil kedua-dua negara akan menandatangani fasa satu perjanjian perdagangan itu dalam minggu pertama Januari depan.

Beijing masih belum mengesahkan kandungan spesifik perjanjian itu yang diterbitkan pegawai AS.

Minggu lalu, jurucakap Kementerian Perdagangan China berkata, perincian mengenainya akan diumumkan, selepas ia ditandatangani secara rasmi. - Reuters