Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

26 Disember 2019

5:47:27 PTG
996704

Ayatullah Ramazani Seru Negara Islam Gesa Nigeria Jamin Keselamatan Syeikh Zakzaky

Setiausaha Agung Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia mendesak negara-negara Islam menggesa pemerintah Nigeria dalam menjamin keselamatan dan kesihatan ulama tersohor negara itu, Syeikh Ibrahim al-Zakzaky.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia mendesak negara-negara Islam menggesa pemerintah Nigeria dalam menjamin keselamatan dan kesihatan ulama tersohor negara itu, Syeikh Ibrahim al-Zakzaky.

Bercakap di forum yang berlangsung di Tehran pada hari Selasa, Ayatullah Reza Ramazani berkata bahawa negara-negara Islam harus menggunakan potensi sosial dan politik mereka dalam menjamin kesihatan Syeikh Zakzaky.

Menurut beliau, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga harus bertindak dalam menangani isu berkaitan.

Ayatullah Ramazani turut menambah dengan mengatakan bahawa kesihatan Sheikh Zakzkay berada dalam keadaan kritikal dan dia harus menerima rawatan dengan segera.

Pada bulan Disember 2015, tentera Nigeria menyerbu kediaman Syeikh Zakzaky dan bangunan berdekatan yang terletak di bandar utara neagra itu, Zaria.



Para ulama terkemuka yang berusia sekitar enam puluhan, kehilangan penglihatan kiri beliau dalam serbuan itu. Lebih 340 orang, termasuk anak-anaknya turut terbunuh di tangan tentera Nigeria.

Syeikh Zakzaky bersama isteri beliau serta sebilangan besar penyokongnya ditangkap di dalam serbuan itu.


Pada 2016, mahkamah tinggi persekutuan Nigeria mengarahkan pembebasan tanpa syarat beliau. Akan tetapi, kerajaan Nigeria setakat ini enggan membebaskannya di sebalik tahap kesihatannya yang semakin merosot.