Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

3 Januari 2020

4:49:32 PTG
998887

Setiausaha Agung pergerakan tentara Lubnan Hizbollah Sayyed Hassan Nasrallah mengatakan bahawa pasukan muqawwamah di seluruh dunia memikul tanggungjawab bagi menghukum mereka yang terlibat dalam pembunuhan Mejar General Qassem Soleimani.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung pergerakan tentara Lubnan Hizbollah Sayyed Hassan Nasrallah mengatakan bahawa pasukan muqawwamah di seluruh dunia memikul tanggungjawab bagi menghukum mereka yang terlibat dalam pembunuhan Mejar General Qassem Soleimani.

"Mengenakan hukuman adil ke aats pelaku jenayah ini -yang merupakan penjenayah terburuk di dunia- merupakan tanggungjawab dan tugas bagi setiap pejuang muqawwamah di seluruh dunia," kata ketua Hizbollah itu di dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

Nasrallah menambah bahawa kumpulannya akan meneruskan jejak Haji Qasem Soleimani dan menegaskan bahawa Washington akan terus gagal mencapai matlamatnya melalui "jenayah besar" ini.

"Kami yang selama ini berada di sisinya akan mengikuti jejaknya dan berusaha siang dan malam untuk mencapai matlamatnya," kata Nasrallah

"Kami akan membawa bendera di semua medan perang dan semua bidang dan kami akan meningkatkan kemenangan 'paksi muqawwamah' dengan berkat darah suci (beliau)," katanya.

"Paksi muqawwamah" digunakan untuk merujuk kepada barisan perlawanan di Timur Tengah yang merangkumi Iran, Syria dan negara-negara serantau serta pasukan lain seperti Hizbullah. Paksi tersebut menentang hegemoni A.S dan Israel di rantau ini. -Press TV