Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

3 Januari 2020

4:55:28 PTG
998888

Pemimpin Iran Ikrar Pembalasan Keras Berhubung Pembunuhan Jeneral Soleimani

Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Seyed Ali Khamenei mengatakan bahawa pihak yang membunuh Komander Pasukan Quds (IRGC), Mejar Jeneral Qassem Soleimani harus menanti pembalasan yang keras.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Seyed Ali Khamenei mengatakan bahawa pihak yang membunuh Komander Pasukan Quds (IRGC), Mejar Jeneral Qassem Soleimani harus menanti pembalasan yang keras.

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, Ayatullah Khamenei berkata "orang yang paling kejam di bumi" telah membunuh komander yang "dihormati" serta "berani berjuang selama bertahun-tahun menentang kejahatan... di dunia."

Kematian beliau tidak menghentikan misinya. Akan tetapi, para penjenayah yang menumpahkan darah Jeneral Soleimani dan syuhada lain dalam serangan malam Khamis harus menanti pembalasan yang keras, tambah Pemimpin Tertinggi Iran.

"Syahid Soleimani adalah tokoh muqawwamah antarabangsa dan semua anggota muqawwamah kini (bertanggungjawab) pembalas dendam (beliau)," kata Ayatullah Khamenei.

"Setiap rakan dan musuh perlu memahami bahawa jalan jihad muqawwamah akan berterusan dengan motivasi berganda dan kemenangan mutlak menanti mereka yang berjuang di jalan mulia ini," kata pemimpin itu.

"Kematian jeneral kita... adalah sesuatu yang pahit, tetapi perjuangan harus diteruskan dan kemenangan akhir akan menjadikan hidup para pembunuh dan penjenayah (beliau) menjadi lebih sukar," tambahnya.

Dalam kenyataannya, pemimpin itu juga mengucapkan takziah kepada negara Iran dan keluarga Jeneral Soleimani dan mengumumkan tiga hari berkabung bagi negara tersebut. -Press TV