Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

4 Januari 2020

6:22:08 PTG
999287

Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan bahawa respon strategik terhadap pembunuhan pemerintah kanan pasukan itu, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani akan menamatkan kehadiran Washington di rantau Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan bahawa respon strategik terhadap pembunuhan pemerintah kanan pasukan itu, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani akan menamatkan kehadiran Washington di rantau Timur Tengah.

Mejar Jeneral Hossein Salami, ketua pemerintah IRGC yang dikenali sebagai pasukan pertahanan elit Iran, membuat kenyataan itu kepada agensi berita Penyiaran Iran IRIB.

"Pembunuhan terang-terangan (Haji Qasem) Soleimani adalah permulaan kepada pengakhiran kehadiran Amerika Syarikat di rantau ini," kata Salami.

Dron A.S pada hari Jumaat telah melancarkan serangan roket ke atas konvoi yang membawa Haji Qasem Soleimani, -pemerintah Pasukan Quds IRGC- dan Abu Mahdi al-Muhandis yang merupakan naib ketua kepada kumpulan militia Iraq (PMU) berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Republik Islam Iran secara keras mengecam pembunuhan Haji Qasem Soleimani dan menyifatkannya sebagai "tindakan keganasan (tajaan) negara."

Tehran juga mengatakan bahawa tindakan memalukan itu dengan jelas menafikan dakwaan Washington bahawa mereka adalah elemen penting dalam peperangan ke atas keganasan di rantau ini.

Tehran turut mengatakan bahawa mereka mempunyai hak untuk memberikan respon terhadap jenayah terbaharu A.S ini dan berjanji untuk tidak meninggalkan usaha-usaha anti-terorisme mereka di Timur Tengah selepas kesyahidan Haji Qasem Soleimani. -Press TV