Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

4 Januari 2020

6:27:59 PTG
999289

Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat, Susan Rice berkata bahawa pembunuhan pemerintah kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Mejar Jeneral Qassem Soleimani tidak menguntungkan Amerika Syarikat dan risiko yang timbul daripada tindakan itu mungkin sahaja lebih besar daripada manfaatnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat, Susan Rice berkata bahawa pembunuhan pemerintah kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Mejar Jeneral Qassem Soleimani tidak menguntungkan Amerika Syarikat dan risiko yang timbul daripada tindakan itu mungkin sahaja lebih besar daripada manfaatnya.

"Sefaham saya dan secara pasti ketika saya menjadi penasihat keselamatan kebangsaan, pentadbiran Obama tidak akan pernah diberikan kesempatan oleh ajen-ajen perisikan kami atau oleh tentera A.S sendiri untuk melancarkan serangan ke atas Qassem Soleimani. (Bahkan) sekalipun jika kami mendapat cadangan berkaitan peluang yang wujud; (perkara pertama) yang akan kami lakukan ialah mempertimbangkan secara berhati-hati serta terancang (berkaitan dengan penilaian) risiko dan faedah yang wujud," kata Rice dalam satu wawancara dengan MSNBC pada hari Sabtu.

"Kami akan menilai semua kaedah dengan melihat sama ada tindakan tersebut mampu meningkatkan keselamatan kita atau mengancamnya dan saya fikir berdasarkan apa yang saya tahu dan dari apa yang bakal kita saksikan, saya fikir terdapat sebab hakiki untuk mempercayai bahawa kemungkinan besar manfaatnya akan sam sekali telah diatasu oleh risiko yang wujud," tambahnya.

Bekas pegawai A.S itu selanjutnya mengatakan bahawa adalah munasabah untuk menganggap bahawa risiko pembunuhan Soleimani mengatasi manfaatnya kerana Iran mempunyai kemampuan untuk membalas dengan cara yang sangat signfikan. -Press TV