Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Sabtu

4 Januari 2020

6:48:07 PTG
999292

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, pada Jumaat menggesa semua pihak bertenang bagi mengelak sebarang ketegangan baharu susulan pembunuhan komander tertinggi Iran dalam satu serangan oleh Amerika Syarikat di Iraq, lapor agensi berita China Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, pada Jumaat menggesa semua pihak bertenang bagi mengelak sebarang ketegangan baharu susulan pembunuhan komander tertinggi Iran dalam satu serangan oleh Amerika Syarikat di Iraq, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut pejabat presiden Perancis itu dalam satu kenyataan, melalui perbualan telefon pada Jumaat, Macron dan Putin membincangkan situasi di Iraq dan negara jiran serta bersetuju bekerjasama dalam tempoh beberapa hari berikutnya bagi mengelak satu lagi peningkatan ketegangan yang berbahaya.

Macron menegaskan bahawa penandatangan perjanjian nuklear 2015 perlu berganding bahu dalam menggesa Iran untuk mematuhi obligasinya dan mengelak sebarang bentuk provokasi. - Bernama