Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

4 Januari 2020

6:54:52 PTG
999294

Amerika Syarikat (A.S) tidak sepatutnya “menyalahgunakan kekerasan” dan sebaliknya mencari penyelesaian melalui dialog, kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatan beliau dari Iran, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (A.S) tidak sepatutnya “menyalahgunakan kekerasan” dan sebaliknya mencari penyelesaian melalui dialog, kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatan beliau dari Iran, hari ini.

"Operasi ketenteraan berbahaya A.S melanggar norma hubungan antarabangsa yang akan memburukkan lagi ketegangan dan pergolakan serantau," kata Wang kepada Javad Zarif.

Serangan dron A.S membunuh ketua sayap operasi asing Iran, Pasukan Quds, Qasem Soleimani, sebelum waktu Subuh semalam di Baghdad sehingga mencetuskan kebimbangan perang serantau antara Washington dan Tehran.

Iran berjanji “membalas dendam dengan teruk” sebagai tindak balas, ketika beberapa negara termasuk China menggesa semua pihak mengelak apa-apa tindakan.

“China menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Tidak ada jalan keluar daripada tindakan atau penggunaan tekanan melampau, “ kata Wang.

China adalah anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga rakan kongsi utama Tehran serta pembeli utama minyak negara itu. - AFP