Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

4 Januari 2020

7:04:56 PTG
999297

A.S Perlu Bayar Harga Yang Tinggi Atas Pembunuhan Soleimani: Presiden Iran

Presiden Republik Islam Iran Hassan Rouhani berkata bahawa Amerika Syarikat perlu memikul segala tanggungjawab ke atas tindakan keganasan mereka terhadap Jeneral Qassem Soleimani -panglima Pasukan Quds dari Pengawal Revolusi Islam (IRGC)- sambil menegaskan bahawa yang Washington akan membayar harga yang tinggi atas jenayah tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran Hassan Rouhani berkata bahawa Amerika Syarikat perlu memikul segala tanggungjawab ke atas tindakan keganasan mereka terhadap Jeneral Qassem Soleimani -panglima Pasukan Quds dari Pengawal Revolusi Islam (IRGC)- sambil menegaskan bahawa yang Washington akan membayar harga yang tinggi atas jenayah tersebut.

Dalam pertemuan dengan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani di Tehran pada hari Sabtu, Rouhani menekankan peri pentingnya mengadakan lebih banyak rundingan di antara Tehran dan Doha dengan melihat perkembangan berterusan di rantau ini khususnya selepas pembunuhan Jeneral Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis -timbalan ketua Unit Mobilisasi Popular (PMU)- di lapangan terbang Baghdad pada awal hari Jumaat.

"Malangnya Amerika Syarikat telah mengambil jalan baru yang boleh menjadikan situasi di rantau lebih tidak menentu, berdasarkan perkara ini, hanya rundingan dan koordinasi yang lebih rapat di antara negara-negara yang bersahabat diperlukan," kata Presiden Iran.

Beliau menegaskan bahawa Republik Islam tidak pernah memulakan sebarang ketegangan yang boleh menimbulkan ketidakamanan di rantau ini dan kerap menyalahkan "langkah-langkah tidak bijak" Amerika Syarikat dalam mencetuskan ketegangan di rantau ini khususnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -Press TV