22 Februari 2025 - 15:36
Hamas Menyeru Agar Hadir Ke Pengebumian Sayyed Hassan Nasrallah

Pergerakan Hamas Palestin menggesa penyertaan meluas dalam pengebumian Setiausaha Agung Hezbollah Lubnan, Syahid Sayyed Hassan Nasrallah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Gerakan Penentangan Islam Palestin Hamas, mengeluarkan kenyataan menjemput orang ramai menyertai upacara pengebumian syuhada Sayyed Hassan Nasrallah dan Sayyed Hashem Safiuddin di Beirut.


Pergerakan itu mengumumkan dalam satu kenyataan pada hari Jumaat: "Selaras dengan kesetiaan kepada mereka yang tertumpahnya darah dan dengan harapan kemenangan yang bakal tiba, dijanjikan, dan menekankan penerusan kalian ke arah jalan Muqawwamah, Gerakan Penentangan Islam (Hamas) menjemput anda untuk mengambil bahagian secara meluas dalam pengebumian syahid komander Sayyid Hassan Nasrallah dan komander Sayyed Hashem Safiuddin pada tarikh 23 Februari, 2025"


Dalam kenyataan ini, Hamas membuat perjanjian dengan para syuhada bahawa penentangan akan berterusan sehingga pembebasan Palestin dan pengusiran penjajah menjadi suatu realiti.


Jasad para syuhada Sayyed Hassan Nasrallah, bekas Setiausaha Agung Hizbullah di Lubnan, dan Sayyed Hashem Safiuddin, timbalannya, dijadualkan dikebumikan di selatan Lubnan pada 23 Februari 2025 (Ahad, 5 Esfand, 1403).