18 Februari 2026 - 18:57
Lebih 1,000 Ahli Sukan Syahid, 265 Kemudahan Musnah dalam Perang Israel ke atas Gaza

Sekurang-kurangnya 1,007 warga Palestin yang merupakan ahli sukan terbunuh (syahid) dan 265 kemudahan musnah sepanjang perang pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel ke atas Genting Gaza sejak Oktober 2023, demikian menurut Jawatankuasa Olimpik Palestin pada Isnin.

Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Sekurang-kurangnya 1,007 warga Palestin yang merupakan ahli sukan terbunuh (syahid) dan 265 kemudahan musnah sepanjang perang pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel ke atas Genting Gaza sejak Oktober 2023, demikian menurut Jawatankuasa Olimpik Palestin pada Isnin.

Menerusi sidang akhbar, Naib Presiden jawatankuasa berkenaan, Asaad Al-Majdalawi, berkata seramai 45 wanita dalam kalangan mangsa.

Beliau turut melaporkan kerosakan pada 265 kemudahan sukan di seluruh Genting Gaza, termasuk 184 musnah sama sekali dan 81 lagi mengalami kerosakan separa.

Kemusnahan ini telah menghalang hak beribu-ribu orang muda dan remaja untuk berlatih dan bersukan,” tambahnya.

Majdalawi berkata kerugian bukan sahaja dari segi statistik, malah meliputi kesan psikologi dan sosial seperti trauma dalam kalangan atlet, gangguan program pembangunan sukan, pengurangan peluang profesional dan kehilangan pendapatan bagi ramai pekerja dalam sektor berkenaan.

Perjanjian gencatan senjata yang disokong AS telah berkuat kuasa di Gaza sejak 10 Oktober, menghentikan perang Israel selama dua tahun yang telah membunuh lebih 72,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.

Sejak perjanjian itu berkuat kuasa pada 10 Okt, pasukan Israel telah melakukan ratusan pelanggaran melalui serangan peluru berpandu dan tembakan, membunuh 603 rakyat Palestin dan mencederakan 1,618 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Your Comment

You are replying to: .
captcha