Berikut adalah ucapan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran dalam pertemuan bersama para peserta pertandingan tilawah dan hafalan al-Qur’an peringkat antarabangsa ke 31:
بسماللهالرّحمنالرّحیم
Segala puji bagi Allah, Yang Maha Mentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi-Nya, dan keluarga baginda yang suci.
الحمدلله ربّ العالمین والصّلاة على نبیّه و آله الطّاهرین
Saya ucapkan selamat datang kepada saudara dan saudari, terutamanya tetamu Republik Islam Iran, para ustaz, qari, penghafal al-Qur’an dari berbagai negara Islam yang bersaudara. Begitu juga mereka yang mengaturkan majlis yang gilang gemilang , bermakna dan penuh keberkatan ini. Para pengurus hal ehwal agama dan pegawai yang berkaitan, mahupun saudara-saudara, para ustaz, tokoh-tokoh yang mengaturkan dengan baik pertandingan selama beberapa hari ini. Saya ucapkan terima kasih dan harapan kami, Insyaallah, dengan keberkatanl-Quran kamu semua diberi ganjaran.
Ucapan saya amatlah singkat, sebagai kesyukuran terhadap nikmat sambutan al-Qur’an di dalam negara, saya setiap waktu menonton televisyen di mana para pemuda kita diseluruh pelusuk negara menyambut al-Qur’an, dari dalam dasar hati saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Ianya sebuah nikmat yang besar, kita sedar tentang nikmat ini dan kebesarannya. Di zaman dahulu saya lihat tidak ada budaya penghafalan dan tilawah al-Qur’an, iaitu di zaman rejim taghut, pencinta al-Qur’an memang sudah ada di mana-manapun, namun pembudayaan, perluasan dan penyebaran sambutan terhadap al-Qur’an tidak wujud dalam negara.
Hari ini kita lihat, berkat Republik Islam Iran, para pemuda kita, lelaki dan perempuan, remaja kita menunjukkan minat dan kecenderungan terhadap al-Qur’an. Mereka belajar al-Qur’an, menguji tilawah dan mereka menghafal al-Qur’an. Namun semua ini bukanlah matlamat-matlamat yang tertinggi dan penghabisan, matlamat terakhir ialah pemahaman al-Qur’an dan beramal. Namun ini semua merupakan langkah-langkah awal.
Sekiranya al-Qur’an diperbudayakan dalam masyarakat, dibiasakan penghafalannya, kebiasaan bersama al-Qur’an menjadi sebuah fesyen, masyarakat menjadi dekat beramal dengan al-Qur’an; inilah yang kita inginkan. Al-Qur’an merupakan cahaya, al-Qur’an adalah hidayah, al-Qur’an adalah penerangan dan pencerahan; al-Qur’an berbicara dengan manusia, hati insan dan batin insan.
Al-Qur’an harus menjadi kebiasaan, keakraban, manfaat pertamanya ialah ia membawa hati yang bersiap sedia, sekiranya hati anda dekat dengan al-Qur’an, bersyukurlah kepada Allah; Sekiranya anda lihat pengetahuan al-Qur’an mudah dicerap, hati menerimanya, dan dapat bertahan dengannya, ketahuilah bahawa Allah berkehendak menghidayah kamu;
فَمَن یُرِدِ اللهُ اَن یَهدِیَهُ یَشرَح صَدرَهُ لِلاِسلمِ وَ مَن یُرِد اَن یُضِلَّهُ یَجعَل صَدرَهُ ضَیِّقًا حَرَجًا کَاَنَّما یَصَّعَّدُ فِى السَّماء.(۱)
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit”.
Khasiat-khasiat al-Qur’an ialah: Sekiranya hatimu dekat dengan al-Qur’an, sekiranya kamu akrab dengan al-Qur’an, ketahuilah Allah berkehandak agar kamu mendapat hidayah dan ini adalah nikmat Allah yang paling besar.
Saudara-saudara yang dihormati! Dunia Islam hari ini terjebak dalam perangkap-perangkap besar; anda dapat melihat dan mendengar, anda tahu; dilema besar dunia Islam, bukan sahaja dalam memahami konspirasi dan gerak kerja jahat musuh kita; memang ini salah satu dilema paling besar dalam dunia Islam, namun orang berniat jahat terhadap Islam, yang mencanang nama Islam pada diri mereka, mereka yang sedia berperang dan bertempur demi menjaga kehalobaan materialnya, dan Islam, dan kononnya menyeru kepada seruan Islam yang sebenar, golongan ini tidak duduk diam dalam dunia Islam, terutamanya setelah kemunculan Republik Islam Iran; Setelah sebuah sistem bertopengkan Islam dibentuk dalam kawasan sensitif rantau geografi ini, tercetuslah konspirasi-konspirasi berat, terjadilah muslihat; konspirasi hari ini lebih bermuslihat dari masa lampau; semua orang dalam dunia Islam perlu memahami perkara ini. Mereka mencanangkan perang saudara, mereka menyabung nyawa sesama saudara kita; Politik musuh Islam ialah mencanang perang saudara dalam negara Islam, dalam masyarakat Islam dan dalam umat Islam sebagai ganti diri mereka sendiri yang pergi bertempur. Baiklah, di sini musuh harus dikenal, konspirasi perlu difahami, inilah dia kelemahan dunia Islam. Di kalangan umat Islam terdapat mereka yang berganding tangan dengan pihak musuh untuk menentang saudara seagama; Ini ada di kalangan kita hari ini; Mereka sanggup mendekati syaitan untuk berperang dan bertempur dengan saudara sendiri. Hari ini juga terdapat mereka yang sanggup berkerjasama dengan rejim Zionis demi merebahkan saudara seislam.

Yasir al-Habib dan Hasan Allayari antara individu kontroversi yang dianggap membawa kepada perbalahan sesama umat Islam.
اِنَّهُمُ اتَّخَذوا الشَّیطینَ اَولِیاءَ مِن دُونِ الله وَ یَحسَبُونَ اَنَّهُم مُهتَدُون؛(۲)
“Hanyasanya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah”.
Mereka bergabung dengan syaitan, saling berganding tangan dan mereka melangkah sambil mengira mendapat hidayah ada bersama syaitan. Inilah dia yang dipertimbangkan al-Qur’an, neraca timbangan ini amat jelas dan pilihan di tangan kita, inilah yang kita perlu fahami; Bila lagi kita mampu memahami? Ketika kita akrab dengan al-Qur’an, ketika hati kita terbuka untuk al-Qur’an; semua acara ini sudah ada pengantarnya.
Pemuda-pemuda yang dikasihi sekalian, saya ajukan nasihatkan agar anda memperbanyakkan keakraban dengan al-Qur’an; golongan yang mempunyai hubungan rapat dengan al-Qur’an dan mengetahui kadar hubungan tersebut, begitu juga mereka yang mengahafal al-Qur’an dan mengetahui kadar hafalannya, kemudian permata berharga ini dipeliharanya; Bagi golongan yang membiasakan dirinya dengan tilawah al-Qur’an, janganlah membiarkan asas ini terlepas. Golongan yang mempunyai hubungan dengan al-Qur’an, mengamati al-Qur’an, menghayati makna dalam al-Qur’an, mendalami kefahaman al-Qur’an sebagai matlamat diri mereka; ini semua membuatkan kita selangkah demi selangkah kian mendekati al-Qur’an. Sekiranya kita akrab dengan al-Qur’an, dekat dengan al-Qur’an, kefahaman al-Qur’an mempu memberikan kesan dalam hati kita, ketika itu barulah kita dapat menaruh harapan untuk mencapai kegemilangan Islam sepertimana yang telah dijanjikan Allah (s.w.t)
وَ للهِ العِزَّةُ وَ لِرَسُولِهِ وَ لِلمُؤمِنین؛(۳)
“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman”.
Ketika itulah kegemilangan ini akan dianugerahkan Allah kepada umatnya. Inilah dia pengaruh dan keberkatan itu.
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertanggung jawab melangsungkan majlis ini; Saya ucapkan terima kasih juga kepada para ustaz, peserta dalam pertandingan, para pemuda, penyelenggara majlis yang indah dan mulia ini, begitu juga masyarakat yang turut menyambut baik majlis ini. Saya berharap Allah (s.w.t) sentiasa memelihara anda semua, Terima kasih juga kepada pengacara majlis yang dihormati dan berbudi bahasa, di mana majlis di sini diatur dengan indah.
Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh.
1) Surah al-An’am dari ayat 125
2) Surah al-A’raf dari ayat 30
3) Surah al-Munafiqun, ayat 8









