Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

12 Januari 2020

7:35:43 PTG
1001773

Angkatan tentera Amerika dilaporkan telah melancarkan sebuah lagi serangan keganasan terhadap seorang pemerintah tentera Iran di Yaman pada hari yang sama mereka membunuh Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad, Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angkatan tentera Amerika dilaporkan telah melancarkan sebuah lagi serangan keganasan terhadap seorang pemerintah tentera Iran di Yaman pada hari yang sama mereka membunuh Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad, Iraq.

Washington Post dan agensi berita lain yang berpangkalan di A.S pada hari Jumaat melaporkan bahawa serangan keganasan A.S di Yaman telah menyasarkan Abdul Reza Shahlai. Walaubagaimanapun, menurut laporan (yang dibuat atas sumber yang tidak dinamakan itu), pentadbiran Presiden Trump gagal mencapai objektif mereka di dalam serangan tersebut.

A.S mengenal pasti Shahlai sebagai "pemerintah tentera kanan Pasukan Quds Iran" yang aktif di Yaman. Shahlai dilaporkan giat membantu pasukan tempatan mempertahankan negara itu daripada serangan pasukan Arab yang dipimpin oleh Arab Saudi.

Arab Saudi bersama sekutu serantau mereka telah melancarkan perang ganas ke atas jiran selatan mereka. 

Laporan New York Times seterusnya menyatakan bahawa pentadbiran Trump telah menawarkan ganjaran bernilai USD 15 juta untuk maklumat mengenai Shahlai.

Washington juga pernah menuduh Shahlai terlibat dalam plot untuk membunuh Duta Arab Saudi ke Washington pada tahun 2011. Tuduhan berkenaan walaubagaimanapun bersifat sangat kelam dan tidak disertai dengan bukti yang kukuh  oleh mereka.

Menurut laporan, misi keganasan kedua oleh tentera Amerika Syarikat - jika terbukti benar - akan menimbulkan persoalan sama ada pembunuhan Soleimani adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran Trump untuk membasmi kepimpinan Pasukan Quds Iran Pengawal Revolusi Islam (IRGC) atau menghalang apa yang didakwa oleh Rumah Putih sebagai "serangan yang hampir pasti kepada rakyat Amerika (Syarikat)" oleh Iran. -Press TV