Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iraq, Barham Salim dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Donald Trump bertukar pandangan berhubung pelan pengurangan bilangan anggota tentera A.S di negara Arab yang dilanda konflik itu beberapa minggu selepas parlimen Iraq meluluskan rang undang-undang yang menuntut penarikan keluar semua tentera asing yang diterajui A.S dari negara tersebut.
"Kami memiliki hubungan yang sangat baik. A.S juga telah menurunkan bilangan kehadiran tentera kami di Iraq ke jumlah yang sangat rendah. Jumlah kami turun hingga ke angka 5,000. Jadi kita telahpun turun ke tahap yang sangat rendah, terendah dalam sejarah dan kita akan melihat apa yang bakal berlaku," kata Trump kepada wartawan selepas pertemuan di luar Forum Ekonomi Dunia, Davos pada hari Rabu dengan pemimpin Iraq tersebut .
Salih dan Trump juga membincangkan peri penting menghormati tuntutan rakyat Iraq untuk memelihara kedaulatan negara tersebut.
Parlimen Iraq meluluskan rang undang-undang itu pada 5 Januari lepas iaitu dua hari selepas A.S bertindak di luar acuan undang-undang antarabangsa dengan membunuh Jeneral Pasukan Quds Iran dan Naib Ketuan Gerakan Mobilisasi Popular Iraq di Baghdad.
Tindakan itu turut mendapat respon keras Iran yang kemudiannya melancarkan puluhan peluru berpandu ke atas dua pangkalan tentera A.S di Iraq.
A.S pada awalnya menafikan sebarang kecederaan ke atas tenteranya di dalam serangan itu. Akan tetapi, laporan yang mula tersiar kebelakangan ini mula menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 11 anggota tentera negara itu yang memerlukan rawatan akibat kecederaan yang dialami mereka di dalam serangan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran. -Agensi