Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

30 Januari 2020

6:52:31 PTG
1006514

Ketua Turus Pasukan Tentera Iran menggesa negara-negara Islam di seluruh dunia untuk memperkuatkan perpaduan mereka dan mengenepikan perselisihan sedia ada dalam rangka berhadapan dengan usaha Amerika Syarikat dan Israel untuk menghalang kemerdekaan wilayah Palestin yang dijajahi khususnya kota suci al-Quds.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Ketua Turus Pasukan Tentera Iran menggesa negara-negara Islam di seluruh dunia untuk memperkuatkan perpaduan mereka dan mengenepikan perselisihan sedia ada dalam rangka berhadapan dengan usaha Amerika Syarikat dan Israel untuk menghalang kemerdekaan wilayah Palestin yang dijajahi khususnya kota suci al-Quds.

Jeneral Mohammad Baqeri membuat kenyataan itu dalam satu mesej yang ditujukan kepada para menteri pertahanan dan ketua tentera dunia Islam.

Mesej itu merupakan respon kepada pengumuman Presiden A.S Donald Trump berhubung sebuah rancangan yang kononnya bertujuan untuk memulihkan konflik Palestin-Israel.

Rancangan itu lebih dikenali dunia sebagai "perjanjian abad ini."

Jeneral Baqeri dengan tegas turut memberi amaran tentang akibat yang mungkin timbul jika terdapat kelambatan atau kebisuan dalam menghadapi plot yang disifatkan beliau sebagai menindas.

Merujuk kepada perkara itu, beliau mendesak negara-negara Islam untuk menumpukan usaha mereka dalam merawat perbezaan mereka berdasarkan garis panduan Islam.

Presiden Trump pada hari semalam mengumumkan pelan beliau berhubung penyelesaian konflik Palestin-Israel. Pelan itu ditolak keras oleh Palestin yang menyifatkannya sebagai berat sebelah. -Agensi