Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

9 Februari 2020

5:58:40 PTG
1008988

Lebih 100 Anggota Perwakilan Demokrat Tolak 'Perjanjian Abad Ini'

Lebih seratus daripada anggota Dewan Perwakilan A.S - dari Parti Demokrat - telah menolak keras usul perjanjian damai Palestin-Israel yang diusahakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Lebih seratus daripada anggota Dewan Perwakilan A.S - dari Parti Demokrat - telah menolak keras usul perjanjian damai Palestin-Israel yang diusahakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Para penggubal undang-undang tersebut pada hari Jumaat telah mengeluarkan sepucuk surat yang mengecam pihak yang terlibat di dalam rancangan itu kerana kegagalan mereka untuk berunding dengan pihak Palestin sebelum membentangkan pelan berkaitan.

Di dalam surat tersebut, mereka turut mengatakan perjanjian - yang lebih dikenali sebagai 'Perjanjian Abad Ini' - itu akan hanya "merugikan warga Israel dan Palestin secara keseluruhan dan mendorong mereka ke arah konflik berterusan."

Mereka juga mengkritik tarikh pembentangan pelan yang menurut mereka sengaja dibuat sebulan sebelum pilihanraya umum di Israel.

Menurut mereka, tarikh pembentangan itu dilihat sebagai sebuah usaha oleh sesetengah pihak untuk memperkukuhkan peluang Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam memenangi pilihanraya umum tersebut.

"Pelan itu tidak memiliki sokongan kami dan rejim Israel tidak boleh menggunakannya sebagai lesen untuk mencabul undang-undang antarabangsa dengan mengilhakkan semua atau sebahagian daripada wilayah Tebing Barat," baca surat yang merupakan inisiatif Andy Levin dan Alan Lowenthal yang juga merupakan Ahli Dewan Perwakilan berbangsa Yahudi. -Agensi