Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

17 Februari 2020

6:56:29 PTG
1011163

Serangan Iran Ke Atas Pangkalan A.S Adalah Respon Sah Terhadap Jenayah Washington: IRGC

Panglima Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa serangan peluru berpandu negara tersebut ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Iraq merupakan sebuah respon sah terhadap jenayah Washington yang membunuh Jeneral Qassem Soleimani, sekutu dan pengiring beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Panglima Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa serangan peluru berpandu negara tersebut ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Iraq merupakan sebuah respon sah terhadap jenayah Washington yang membunuh Jeneral Qassem Soleimani, sekutu dan pengiring beliau.

Mejar Jeneral Hossein Salami membuat kenyataan itu di dalam satu wawancara eksklusif dengan rangkaian berita Lubnan, Al-Mayadeen pada hari Isnin.

Beliau juga berkata bahawa "Langkah yang diambil kami terhadap Amerika Syarikat bersifat sangat defensif. Perkara itu merupakan tindakan defensif yang sah..., [dan dalam masa yang sama merupakan] hak [kami] yang perlu dituntut. "

Pada 8 Januari lepas, IRGC melancarkan peluru berpandu balistik ke atas pangkalan tentera Ain al-Assad yang terletak di wilayah barat Iraq, Anbar sebagai respon kepada pembunuhan Jen. Soleimani pada 3 Januari oleh pasukan tentera pengganas A.S.

Jeneral Soleimani, pemerintah Pasukan Quds IRGC, dan Naib Ketua Unit Mobilisasi Popular Iraq (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis, serta pengiring mereka terbunuh di Baghdad dalam sebuah serangan dron yang dilancarkan oleh tentera A.S melalui arahan langsung Presiden Donald Trump.

Di sebalik ugutan keras Washington, pentadbiran Trump tidak memberikan respon ketenteraan terhadap serangan IRGC ke atas pangkalan mereka di Iraq. Mereka hanya memperkenalkan sekatan baharu ke atas beberapa entiti di Iran. -Agensi