Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

18 Februari 2020

1:57:52 PTG
1011399

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa proses pilihan raya yang akan datang di Iran bakal berlangsung pada saat yang kritikal buat negara dan bangsa Iran memandangkan tekanan yang wujud dari Washington yang berusaha untuk mewujudkan jurang di antara warga awam dan pihak kerajaan di negara Teluk Parsi itu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa proses pilihan raya yang akan datang di Iran bakal berlangsung pada saat yang kritikal buat negara dan bangsa Iran memandangkan tekanan yang wujud dari Washington yang berusaha untuk mewujudkan jurang di antara warga awam dan pihak kerajaan di negara Teluk Parsi itu.

Berdasarkan perkara tersebut, beliau turut berkata bahawa penyertaan besar-besaran warga awam di dalam proses demokrasi di negara berkenaan merupakan satu-satunya cara untuk mematahkan 'niat jahat' Washington terhadap Iran.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah pertemuan bersama warga awam dari wilayah Azerbaijan Timur pada hari Selasa. Majlis pertemuan itu dianjurkan bagi memperingati hari ulang tahun revolusi di Tabriz yang tercetus pada 18 Februari tahun 1978.

Beliau kemudiannya berkata bahawa pilihan raya Iran merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kekuatan negara itu secara keseluruhan.

Menurut beliau, berasaskan peri pentingnya proses pilihan raya tersebut, Amerika Syarikat telah membentuk kumpulan pemikir yang terdiri daripada puluhan atau ratusan cendekiawan untuk merancang usaha mewujudkan jurang di antara warga awam Iran - khususnya belia - dari pihak kerajaan yang sah.

Merujuk kepada penyertaan besar-besaran warga awam Iran di dalam perarakan hari ulang tahun ke-41 Revolusi Islam yang berlangsung pada pada Selasa lepas serta majlis perkabungan ke atas kesyahidan Leftenan Jeneral Qassem Soleimani, beliau menambah bahawa "Perkara yang sama sepatutnya berlaku di dalam proses pilihan raya (yang akan datang)...".

"Musuh perlu melihat dengan kaca mata sendiri bahawa di sebalik usaha berterusan mereka dalam mencipta jurang di antara warga awam dan pihak kerajaan Iran, warga Iran (bakal) menyertai proses pilihan raya secara beramai-ramai yang mana perkara itu merupakan sesuatu yang boleh kita banggakan berkenaan dengan sistem pemerintahan Islam (di Iran)," tambah beliau.

Warga awam dan pihak kerajaan Iran melihat penyertaan umum di dalam proses demokrasi di negara itu sebagai kayu ukur kepada penerimaan bangsa Iran secara keseluruhan terhadap sistem pemerintahan Islam yang dipraktikkan di sana. -Agensi