Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

23 Februari 2020

8:06:58 PTG
1012643

16 Anggota Tentera Turki Terkorban Di Libya: Tentera Haftar

Angkatan tentera yang setia kepada panglima tentera Libya, Khalifa Haftar, berkata bahawa mereka telah membunuh 16 anggota tentera Turki di dalam konflik berterusan yang melanda negara Afrika Utara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Seorang jurucakap Tentera Kebangsaan Libya (LNA) - yang setia kepada Haftar - pada hari Ahad berkata bahawa anggota tentera Turki tersebut terbunuh di dalam pertempuran yang tercetus di bandar pelabuhan Misrata dan bandar al-Falah yang terletak di selatan Tripoli.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengakui korban di pihak tentera Turki di dalam apa yang disifatkan beliau sebagai "perjuangan" di Libya.

Erdogan pada hari Jumaat lepas juga buat pertama kali mengakui tentang kehadiran militan Syria pro-Turki di Libya.

Sementara itu, kerajaan Libya pimpinan Perdana Menteri Fayez al-Sarraj - yang diiktiraf di peringkat antarabangsa - sebelum ini meminta bantuan Turki dalam berhadapan dengan militan pimpinan Khalifa Haftar yang mendapat sokongan dari Mesir, Arab Saudi, dan Emiriyah Arab Bersatu.

Pasukan pemberontak pimpinan Haftar pada bulan April tahun lepas melancarkan serangan untuk merampas Tripoli.-ABNA