Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Selasa

25 Februari 2020

6:43:24 PTG
1013312

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Meninggal Dunia

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, meninggal dunia pada usia 91 tahun, beberapa minggu selepas menjalani pembedahan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, meninggal dunia pada usia 91 tahun, beberapa minggu selepas menjalani pembedahan.

Mubarak mentadbir Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan berikutan protes besar-besaran pada 2011 menerusi revolusi ‘Arab Spring’ dan dipenjarakan sehingga 2017.

Beliau mengambil alih selepas bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat, di bunuh pada 1981 ketika mereka berdua menghadiri satu upacara perbarisan tentera.

Walaupun ramai yang tidak mengharapkan beliau kekal lama sebagai presiden, hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan angkatan tentera terbesar di Asia Barat, membolehkannya berkuasa selama 30 tahun.

Mubarak adalah seorang juruterbang tentera berusia 24 tahun ketika angkatan tentera menggulingkan pemerintah Mesir ketika itu, Raja Farouk, pada 1952.

Sadat, yang mengambil alih pentadbiran Mesir daripada Gamal Abdel Nasser pada 1970, memilih Mubarak sebagai timbalannya dan kemudian naib presiden pada 1975. - REUTERS