Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Selasa

14 April 2020

4:25:55 PTG
1025745

Puting Bbeliung Di Selatan A.S Ragut 30 Nyawa

Lebih 30 orang maut selepas puting beliung membadai seluruh negeri di selatan Amerika Syarikat pada Ahad dan Isnin, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Lebih 30 orang maut selepas puting beliung membadai seluruh negeri di selatan Amerika Syarikat pada Ahad dan Isnin, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa.

Puting beliung itu dilaporkan membadai negeri seperti Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, Alabama, Georgia, Carolina Utara dan Selatan serta Tennessee.

Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi pada Isnin berkata, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di Mississippi, sementara sembilan terkorban di Carolina Selatan dan tujuh orang di Georgia.

Selain itu, Carolina Utara, Tennessee, dan Arkansas melaporkan sekurang-kurangnya satu kematian.

Lebih sejuta rumah dan perniagaan mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut poweroutage.us.

Ribut juga menyebabkan kecederaan, rumah rosak, pokok tumbang dan penutupan jalan raya. -Bernama