Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Rabu

29 April 2020

5:20:20 PTG
1031583

13 Doktor Di Ghana Dijangkiti Covid-19

Sekurang-kurangnya 13 doktor di Ghana dijangkiti koronavirus (Covid-19) akibat menggunakan peralatan perlindungan tidak berkualiti, lapor agensi berita Anadolu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Sekurang-kurangnya 13 doktor di Ghana dijangkiti koronavirus (Covid-19) akibat menggunakan peralatan perlindungan tidak berkualiti, lapor agensi berita Anadolu.

"Virus menyerang hampir semua orang tanpa mengenal orang kaya, miskin, berpendidikan atau tidak termasuk pegawai kesihatan," kata ahli Persatuan Perubatan Ghana, Paa Baidoo semalam.

Beliau berkata, jangkitan itu disebabkan peralatan yang diedarkan di pusat kemudahan kesihatan tidak berkualiti, sekali gus mengancam nyawa petugas.

Ghana setakat ini merekodkan 1,671 kes Covid-19 dengan 16 kematian manakala 188 pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University.

Ahad lalu, Presiden Nana Akufo-Addo mengumumkan sekatan pergerakan ditarik balik di bandar Accra, Kumasi, Tema dan Kasoa.