Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

22 Mei 2020

4:31:54 PTG
1039443

Setiap Individu Perlu Bantu Bebaskan Palestin: Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa perjuangan untuk membebaskan Palestin adalah sebuah kewajiban dan sasaran yang perlu dicapai oleh umat Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa perjuangan untuk membebaskan Palestin adalah sebuah kewajiban dan sasaran yang perlu dicapai oleh umat Islam.

Menurut beliau "setiap orang wajib membantu negara Palestin dalam perjuangan suci ini".

"Perjuangan untuk membebaskan Palestin adalah sebuah Jihad di jalan Allah dan perkara itu merupakan kewajiban dan sasaran yang perlu digapai oleh umat Islam. Dalam masa yang sama, kemenangan dalam perjuangan ini juga telah dijamin ," kata Pemimpin itu pada hari Jumaat.

Ucapan beliau itu disampaikan ketika jutaan umat Islam mengambil bahagian dalam acara di seluruh dunia untuk memperingati Hari Quds Antarabangsa, pada hari Jumaat terakhir bulan suci Ramadan untuk menyatakan solidariti mereka dengan rakyat Palestin dan dalam masa yang sama mengutuk kekejaman Israel.

Ayatullah Khamenei juga berkata bahawa "Rejim Zionis adalah sebuah entiti merbahaya, barah yang turut merugikan rantau ini" yang "pasti akan dipotong ke akar umbi dan dimusnahkan".

"Selepas itu, mereka yang membantu dengan memberikan fasiliti mereka kepada kuasa angkuh dunia dalam melaksanakan polisi mereka akan segera merasa malu," tambah beliau lagi.

Ayatullah Khamenei juga menegur "beberapa pemerintah Arab di rantau ini yang bertindak sebagai hamba" Amerika Syarikat dengan mempersiapkan landasan kepada apa yang dikenali sebagai normalisasi hubungan dengan Israel dengan menjalinkan hubungan ekonomi.