Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

23 Mei 2020

1:30:51 PTG
1039785

Tanah Palestin Perlu Dikembalikan Kepada Pemiliknya Yang Sah: Hizbullah

Pendirian Hizbullah berhubung isu Palestin tidak pernah berubah ketika pertubuhan itu berhadapan dengan perkembangan terkini di wilayah Palestin yang diduduki, kata Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrullah.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pendirian Hizbullah berhubung isu Palestin tidak pernah berubah ketika pertubuhan itu berhadapan dengan perkembangan terkini di wilayah Palestin yang diduduki, kata Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrullah.

Beliau juga menegaskan bahawa tanah Palestin yang diduduki harus dikembalikan kepada pemiliknya yang sah.

"Palestin adalah milik rakyat Palestin, dan mesti dikembalikan kepada rakyat Palestin," kata Syed Hassan Nasrallah dalam ucapan yang disiarkan di stesyen televisyen sempena Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat semalam.

Pendirian Hizbullah dalam isu Palestin, katanya, tidak pernah berubah sejak penubuhan pergerakan itu beberapa dekad yang lalu. Beliau juga menambah bahawa percubaan terbaharu Israel untuk merampas lebih banyak tanah Palestin tidak akan mengubah pendirian mereka walau sedikitpun.

"Mana-mana individu yang berfikir atau bertaruh bahawa dia dapat mengubah pendirian kami melalui aksi perang, pembunuhan, sekatan atau kelaparan sama sekali salah."

Nasrallah membuat komen tersebut ketika rejim Israel kini giat berusaha untuk merampas wilayah Palestin di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

Pelan Israel yang dijangka bermula Julai nanti telahpun menghadapi kritikan antarabangsa. -Press TV