Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

23 Mei 2020

1:59:21 PTG
1039819

Peluru Nuklearpun Tidak Mampu Patahkan Tekad Palestin: Iran

Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan bahawa perjuangan rakyat Palestin selama puluhan tahun menentang keangkuhan rejim Zionis Israel dan penaja utamanya, Amerika Syarikat merupakan bukti kepada tekad mereka yang kuat.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan bahawa perjuangan rakyat Palestin selama puluhan tahun menentang keangkuhan rejim Zionis Israel dan penaja utamanya, Amerika Syarikat merupakan bukti kepada tekad mereka yang kuat.

"Perjuangan rakyat Palestin telah berlanjutan selama lebih daripada 70 tahun sekaligus menunjukkan bahawa tindakan pencerobohan, pencabulan undang-undang antarabangsa serta senjata nuklear sekalipun tidak dapat mengakhiri aspirasi kebangsaan seluruh warga (Palestin)," katanya pada hari Jumaat dalam sebuah sidang video yang dihadiri oleh para pegawai dan personaliti tempatan dan antarabangsa sempena Hari Quds Antarabangsa.

Setiap tahun, berjuta-juta warga dunia yang pro-Palestin berdemonstrasi di seluruh dunia pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadan seperti yang disarankan oleh almarhum pengasas Republik Islam Iran, Imam Khomeini.

Imam Khomeini menetapkan hari itu sebagai Hari Quds Antarabangsa dalam rangka untuk meraih sokongan seluruh dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi rejim Zionis Israel yang disokong oleh A.S. -Press TV